Tuesday, October 18, 2011

'anaaaa' @ 2 m.o

'anaa!!!' = abg rafif panggil adek rania 'ana' plakk sebab tak reti panggil rania..
abg raif plak panggil 'rayna or iman'..bolehlaaa janji ada bunyi..

arini checkup 2 m.o baby rania kat klinik kesihatan & berat 4.6kg...

owh arini ayah ibu bawak raif & adek2 pegi tadika Pasti Al-Quds untuk register raif sekolah tahun depan..mcm best tadika tu! ada ramai kwn2 tapi raif malu2..adek rafif plak mcm sibuk2 nak school kat situ..

ada sorang kakak 4 thn ni dia sembang2 dgn ibu;

kakak: kenapa dia tak nak cakap? (tunjuk raif)
ibu: dia malu lagi.thn depan nanti dia sekolah sini..
kakak: oh thn depan nanti baru dia cakap ye?
ibu: hohoohoh

raif tgk abg2 6 thn tu lasak2 betul panjat & lompat2 ikut tangga..huh kalah raif camnii..

ape pun..raif mesti belajar fully diaperless sblm thn depan..& raif mcm suka sekolah kat situ..ibu ckp nak beli beg sekolah..raif nak beg ultraman!

abang ultraman & adek ultraman..
pantulan twin happiness!!! gaya tido terbaik!
gugu gaga rania!
tido lepas kena injection sedas!

jom share info PASTI source : http://www.pastishahalam.com

Mukadimah

Kurikulum Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (PASTI) merupakan suatu kurikulum prasekolah ynag dibina khusus khusus untuk pengajian kanak-kanak berumur 5-6 tahun berdasarkan falsafah Pendidikan Negara (FPN), Falsafah Pendidikan Islam (FPI) dan Falsafah Pendidikan PASTI (FPP) yang melibatkan anak-anak PASTI dan guru (mualumah).

Kandungan dan Fungsi Kurikulum PASTI

Kurikulum PASTI adalah megikut susunan kandungan yang diajar secara tersusun dan sistematik bagi memenuhi serta mencapai matlamat Tarbiyyah Islamiyyah. Pada dasarnya kurikulum ini adalah pancaran kosep Insaniyyah dari Manhaj Al-Hayah Al-Rabbani yang berpaksikan Iman, Islam dan Ihsan. Fungsinya ialah bagi mengawal dan memelihara fitrah manusia supaya potensi-potensi rohaniah, aqilah dan jasmaniyah tidak dirosakkan oleh pengaruh alam sekeliling yang merendahkan kualiti iman manusia. Selain itu, kurikulum PASTI juga berfungsi untuk memperkembangkan fitrah serta potensi-potensi kemanusiaan selaras dengan kehendak matlamat Pendidikan Islam.

Rujukan Kurikulum PASTI

Rujukan kurikulum PASTI ialah Al-Quran, Sirah Rasul, Surah Sahabat r.a dan Sejarah Peradaban serta Tamadun Islam. Kesemua rujukan mengutarakan kepentingan kepada pengajaran Tauhid, Fiqh, Akhlaq dan Surah di samping pengajian bahasa-bahasa, ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kehidupan manusia and riadah.

SISTEM PERSEKOLAHAN PASTI

BIDANG PENGAJIAN

UNSUR TARBIYAH

Penekanan 5 unsur Tarbiyah :

    1. Tarbiyah Imaniyyah (Aqidah)
    2. Tarbiyah Ruhiyyah (Ruh)
    3. Tarbiyah Khuluqiah (Akhlak)
    4. Tarbiyah Aqliah (Intelek)
    5. Tarbiyah Jasadiah (Jasmani)

BIDANG ILMU

Merangkumi 4 bidang ilmu :

    1. Ilmu Fardhu Ain
    2. Ilmu Fardhu Kifayah
    3. Ilmu Alat
    4. Sumber Ilmu

KOMPONEN MATAPELAJARAN

Merangkumi :

    1. Bahasa Melayu
    2. Bahasa Inggeris
    3. Bahasa Arab
    4. Jawi
    5. Matematik
    6. Sains Sosial & Pembangunan Insan
    7. Al Quran
    8. Peribadi Muslim
    9. Pra Penulisan
    10. Pengenalan Asas Komputer

SISTEM PERSEKOLAHAN

Umur : PASTI menerima kanak-kanak yang berumur 4, 5 dan 6 tahun.
Masa belajar : Mesti mencukupi tiga jam termasuk waktu rehat
Hari Persekolahan : Sama seperti hari persekolahan biasa (Ahad – Khamis / Isnin – Jumaat).


0 comments: